Monday, June 28, 2010

SAKA (KETURUNAN)



**Definasi**



Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lamasehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.


**Dalil**

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.Firman Allah s.w.t.: **Ertinya** "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6 Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.




**Pertalian Antara Jin Dan Saka**


Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.



**Dalilnya**

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:




**Ertinya**

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah." Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
----------------------------------------------------------------------------------
CARA-CARA PEMBUANGAN SAKA

Apabila Pesakit Mendapatkan Rawatan Untuk Memulihkan Diri Dari Gangguan Sihir , Mainan Ilmu Hitam , Tetapi Masih Tidak Juga Sembuh.

PENYEBAB DARI SAKA
Ini Disebabkan Gagalnya Melaksanakan PERJANJIAN JAMUAN Yang Dilaksanakan Oleh Keturunan Anda Yang Terdahulu Diatas Pembelaan Makhluk Ghaib Yang Mendamping Mereka, Lalu Mereka Mati Dan Ditinggalkan Keatas Anda(Keturunan) Sebagai SAKA.

PERJANJIAN SAKA
Keturunan Terdahulu Setelah Ia Mati, SAKA akan Terus Mencari Pengganti Dan Mengikuti Dari Keturunan Sama Seterusnya Sehingga AKHIR GENERASI( Dalam Keadaan Menerima Atau Lansung Tidak Tahu Adanya Peninggalan Saka Tersebut).

Tidak ada dari kaum keturunan tersebut akan lepas dari gangguan saka ,setelah perjanjian termaktub diantara KETURUNAN DAN JIN

PEYELESAIAN
Penyerahan Saka Haruslah Melalui Pengakuan Penerimaan Yang Dilakukan Secara “Lafaz” Samada Dari Keturunan Ataupun Individu Lain Yang Juga “Manusia” .


“SEKIRANYA….. PESAKIT ENGGAN MENERIMA SAKA KETURUNAN SENDIRI, TETAPI TETAP MAHU MEMUSNAHKAN SAKA TERSEBUT DARI KAUM KETURUNANNYA„

PENYERAHAN SAKA HARUS DILAKSANAKAN
Menyerahkan kesemua saka tersebut kepada INDIVIDU yang boleh menerima serta melaksanakan perjanjian Jamuan terdahulu.

MELAKSANAKAN PERJANJIAN JAMUAN TERDAHULU

Contoh2 Perjanjian Jamuan :-

- Pengorbanan seperti haiwan/darah /barang lama/
makanan dan sebagainya…

RM ribuan akan di perlukan sekiranya jamuan tersebut adalah dari contoh yang tertulis diatas. Jangan anda tertipu berhabisan beribu ringgit tetapi masalah masih juga mengganggu. Lalu menyalahkan perawat.

KERANA… Ilmu menerima dan membuang saka tersebut adalah ilmu tertinggi di dalam istilah perubatan . Tidak semua perawat memiliki ilmu untuk sanggu dan pembuangan saka tersebut untuk selamanya.

Sesungguhnya... ALAM JIN adalah wujud.
Kewujudan SAKA adalah saksinya kewujudan ALAM JIN.

KITA / ANDA....
Beranggapan BAPA / TOK kita kuat agama, seorang alim ulama, ustaz, hebat dalam bidang agama dan sepertinya ,tentunya tidak dapat diganggu oleh alam ghaib .....

Tetapi ketahuilah...kita hanyalah ANAK CUCU kepada BAPA/TOK kita saja, tak semestinya kita sehebat mereka... dan sedarlah disebabkan itulah kita tidak terkecuali dari ditakluki saka.

Hampir 90% pesakit yang mendapatkan rawatan dari kami kesemuanya melibatkan
GANGGUAN SAKA.

Diantara Mereka dan ramai lagi mengetahui yang mereka memiliki saka dari peninggalan keturunan sebelumnya , tetapi beranggapan saka adalah penjaga/pelindung kononnya jelmaan kehebatan nenek moyang…. ( seperti jelmaan harimau / jelmaan wali/panglima dan sebagainya) Ketahuilah itu adalah saka yang dijelmakan kepada bentuk sesuatu hakikatnya ia adalah JIN dan IBLIS untuk mengelirukan manusia sahaja.



DOA KAMI
Kita hanya berusaha , yang menyembuhkan adalah
ALLAH SWT.
Kami berdoa agar pesakit yang menjalankan rawatan di pusat rawatan kami beroleh kesembuhan. INSYAALLAH......

1 comment:

  1. SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH ATAU TIDAK MEMAHAMI CARA-CARA RAWATAN SILA HUBUNGI ATAU HANTARKAN SOALAN-SOALAN ANDA DI LAMAN WEB ATAU FACEBOOK PUSAT RAWATAN JABALNUR.

    ReplyDelete