Monday, June 28, 2010

JABALNUR


3 PENGASAS UTAMA JABALNUR

PENGENALAN ORGANISASI

PUSAT PERUBATAN TRADISIONAL JABALNUR
Dimiliki Oleh :-
JABALNUR ENTERPRISE (01960393U)
Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

***AHLI - AHLI PERUBATAN***
  • 1 - EN NIZAM - Mobile - 017 - 506 5621
  • 2 - EN ISHAK - Mobile - 016 - 444 8082
  • 3 - EN ALI - Mobile - 019 - 576 1182
  • 4 - KHAIROL - Mobile - 012 - 455 1502
  • 5 -PUTERI AIDA - Mobile - 012 - 411 0704
*JIKA ANDA MENGHADAPI SEBARANG MASALAH ATAU PENYAKIT , TELAH BERUSAHA MENGUBATINYA NAMUN BELUM SEMBUH, RUJUKLAH KEPADA KAMI MUDAH-MUDAHAN DENGAN IZIN "NYA" KAMI DAPAT BEMBANTU ANDA ,
INSYAALLAH!!
**JENIS-JENIS RAWATAN YANG DISEDIAKAN **
* Mengesan Penyakit * Terkena Sihir * Santau * Gangguan Makhluk Halus * *Penyakit Misteri * Buang Saka Baka Keturunan * Pulih & Pagar Rumah *Pelaris Perniagaan *Pendinding Diri * Tenaga Batin * Ketagihan Dadah *Lemah Semangat * Resdung * Migrain * Ketagihan Rokok * Sukar Tidur * Sering Ketakutan * Lemah Badan * Angin Berlebihan * Sakit Kepala * Mandi Bunga * Mandi Ais Saraf * *Urutan Badan*

SAKA (KETURUNAN)



**Definasi**



Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lamasehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.


**Dalil**

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.Firman Allah s.w.t.: **Ertinya** "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6 Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.




**Pertalian Antara Jin Dan Saka**


Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.



**Dalilnya**

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:




**Ertinya**

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah." Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
----------------------------------------------------------------------------------
CARA-CARA PEMBUANGAN SAKA

Apabila Pesakit Mendapatkan Rawatan Untuk Memulihkan Diri Dari Gangguan Sihir , Mainan Ilmu Hitam , Tetapi Masih Tidak Juga Sembuh.

PENYEBAB DARI SAKA
Ini Disebabkan Gagalnya Melaksanakan PERJANJIAN JAMUAN Yang Dilaksanakan Oleh Keturunan Anda Yang Terdahulu Diatas Pembelaan Makhluk Ghaib Yang Mendamping Mereka, Lalu Mereka Mati Dan Ditinggalkan Keatas Anda(Keturunan) Sebagai SAKA.

PERJANJIAN SAKA
Keturunan Terdahulu Setelah Ia Mati, SAKA akan Terus Mencari Pengganti Dan Mengikuti Dari Keturunan Sama Seterusnya Sehingga AKHIR GENERASI( Dalam Keadaan Menerima Atau Lansung Tidak Tahu Adanya Peninggalan Saka Tersebut).

Tidak ada dari kaum keturunan tersebut akan lepas dari gangguan saka ,setelah perjanjian termaktub diantara KETURUNAN DAN JIN

PEYELESAIAN
Penyerahan Saka Haruslah Melalui Pengakuan Penerimaan Yang Dilakukan Secara “Lafaz” Samada Dari Keturunan Ataupun Individu Lain Yang Juga “Manusia” .


“SEKIRANYA….. PESAKIT ENGGAN MENERIMA SAKA KETURUNAN SENDIRI, TETAPI TETAP MAHU MEMUSNAHKAN SAKA TERSEBUT DARI KAUM KETURUNANNYA„

PENYERAHAN SAKA HARUS DILAKSANAKAN
Menyerahkan kesemua saka tersebut kepada INDIVIDU yang boleh menerima serta melaksanakan perjanjian Jamuan terdahulu.

MELAKSANAKAN PERJANJIAN JAMUAN TERDAHULU

Contoh2 Perjanjian Jamuan :-

- Pengorbanan seperti haiwan/darah /barang lama/
makanan dan sebagainya…

RM ribuan akan di perlukan sekiranya jamuan tersebut adalah dari contoh yang tertulis diatas. Jangan anda tertipu berhabisan beribu ringgit tetapi masalah masih juga mengganggu. Lalu menyalahkan perawat.

KERANA… Ilmu menerima dan membuang saka tersebut adalah ilmu tertinggi di dalam istilah perubatan . Tidak semua perawat memiliki ilmu untuk sanggu dan pembuangan saka tersebut untuk selamanya.

Sesungguhnya... ALAM JIN adalah wujud.
Kewujudan SAKA adalah saksinya kewujudan ALAM JIN.

KITA / ANDA....
Beranggapan BAPA / TOK kita kuat agama, seorang alim ulama, ustaz, hebat dalam bidang agama dan sepertinya ,tentunya tidak dapat diganggu oleh alam ghaib .....

Tetapi ketahuilah...kita hanyalah ANAK CUCU kepada BAPA/TOK kita saja, tak semestinya kita sehebat mereka... dan sedarlah disebabkan itulah kita tidak terkecuali dari ditakluki saka.

Hampir 90% pesakit yang mendapatkan rawatan dari kami kesemuanya melibatkan
GANGGUAN SAKA.

Diantara Mereka dan ramai lagi mengetahui yang mereka memiliki saka dari peninggalan keturunan sebelumnya , tetapi beranggapan saka adalah penjaga/pelindung kononnya jelmaan kehebatan nenek moyang…. ( seperti jelmaan harimau / jelmaan wali/panglima dan sebagainya) Ketahuilah itu adalah saka yang dijelmakan kepada bentuk sesuatu hakikatnya ia adalah JIN dan IBLIS untuk mengelirukan manusia sahaja.



DOA KAMI
Kita hanya berusaha , yang menyembuhkan adalah
ALLAH SWT.
Kami berdoa agar pesakit yang menjalankan rawatan di pusat rawatan kami beroleh kesembuhan. INSYAALLAH......

CIRI-CIRI SAKA-PEMINDAHAN - FIRMAN

**Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka**
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat,antaranya:-1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialahjin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamarsebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, SyeikhBahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami. 4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yangbertentangan dengan syariat.5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
**Masa Saka Berpindah**
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi
**Proses Perpindahan Saka**
Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:-
** Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati, jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jinbukannya seperti manusia
**Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan sepertilayang- layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumahtumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsurmanusia.
**Firman Allah s.w.t. **
*Maksudnya*
“ Iblis menjawab" "Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan
**Allah s.w.t berfirman
“ Sesungguhnya kamI termasuk mereka yang diberi tangguh”
“Iblis menjawab”
"Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yanglurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16 ***Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebutakan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati
***Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada
menyimpan mana-mana barangtinggalan si mati.
***Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang
menjadi orang harapankepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan
kepada si mati yang menyimpan saka tadi.
***Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa
hidupnya iaitu serumah2denganngya.

GEJALA SAKA - TANDA-TANDA - KENAPA

**GEJALA SAKA**
Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas.
Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya… dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan… mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb.Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang
**KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?**
Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini.
Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini.Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru… jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin.Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2 orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.
**TANDA-TANDA SAKA**
Tidak ada tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut:1. Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran2. Malas berzikir3. Berpenyakit yang sukar diubati seperti asthma, resdung, stroke, gatal2, kudis dsb4. Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikirannya sebelum ini5. Ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama6. Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian2 tertentu tubuh.7. Ada dikalangan keluarga yang gila, sindrom down dan cacat8. Sukar tidur malam9. Tidak kemas dan tidak berdisiplin10.
Tidak ada keazaman atau tidak bercita211. Lambat kahwin12. Sukar mendapat anak13. Berfikir secara dua perkara dalam satu masa14. Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa15. Boleh melihat perkara2 yang diluar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dsbKesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
**AYAT-AYAT PAGAR DIRI SEBELUM MEMULAKAN PENGUBATAN**

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-

أَعُوْذباِللَّهِ نمِنَ الشَّيْطَا الرََّجِيْمِ

Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam

بِسْماللهِالرَّحْمَِنالرَّحِيْمِِ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (1)
(1 )Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha
Agung lagi Maha Tinggi.


**AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI**

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi
dan di langit utuk menimpakanbencana, dan ia Maha Mendengar dan
Maha Mengetahui(2)


**AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI**

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua kejahatan
yang dicipta-Nya. ( 3 )


“Wirid di atas mengandungi erti bahwa setiap jiwa kita sebelum melakukan pekerjaan harus menyerahkan diri kepada-Nya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seseorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingati Allah”


“Nabi Muhammad SAW bersabda”

(1)"Setiap pekerjaan ( urusan ) yang mempunyai kebaikan ( penting ) yang tidak dimulai
padanya dengan menyebut "Bismillahir rahmananir rahim", maka pekerjaan ( urusan ) itu akan pincang ( terputus dari rahmat Allah SWT )


(2) Dari Ibni Hibban ; Nabi Muhammad SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang
membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya


(3) Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya."